dunia sains dan teknologi

E-FOLIO NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23042


 TAJUK : DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI 


Nama Pensyarah :Encik Wan Faisal Bin Wan Ahmad Mohtasa

Nama pelajar:
1) Jospin Then Ai Na (05DPE19F1054)
2) Erica Mendat Anak Muyang (05DPE19F1020)

(JABATAN KEJURUTERAAN PROSES PETROKIMIA)
(DPE2A)


PENGHARGAAN

Selamat sejahtera, salam Poliku sayang, tanggungjawabku. Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Tuhan, dengan keizinannya dapat kami selesaikan e-folio ini yang bertajuk "DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI" dalam tempoh waktu yang ditetapkan. 

         Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Encik Wan Faisal dalam subjek MPU23042 NILAI MASYARAKAT kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan e-folio ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.


     Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sepanjang pengajian di Politeknik Kuching Sarawak atas segala dorongan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi berkat oleh Tuhan yang Maha Esa.





PENGENALAN





Seperti yang diketahui umum, bahawa perkembangan sains dan teknologi selari dan seiring dengan penciptaan manusia. Pembentukan ini berlaku disebabkan penerapan unsur ilmuwan dan naluri semula jadi yang ingin diketahui oleh manusia yang merancang untuk mengenali serta memahami ciri persekitarannya dan faktor-faktor penciptaannya. Justeru, perkembangan setiap tamadun di muka bumi dan perkembangan kendiri manusia sewajarnya berdasarkan sains. Dalam era modensasi ini, kita boleh memperoleh maklumat di hujung jari sahaja dan ini telah membawa perubahan dalam kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan kemajuan sains dan teknologi kepada pembangunan diri kita dan negara. Tetapi tidak dapat dinafikan juga sains dan teknologi memberikan manfaat dan keburukan. Pelbagai kesimpulan telah dinyatakan oleh individu mahupun masyarakat berdasarkan pengertian mereka tentang kesan sains dan teknologi sama ada ia membawa kebaikan atau kemusnahan kepada masyarakat sejagat dan alam semesta. Dengan ini, perkembangan sains dan teknologi merujuk kepada pembentukan dalam penghasilan alat-alat yang memudahkan kehidupan umat manusia.Terdapat beberapa produk yang telah dihasilkan oleh manusia iaitu kereta,komputer,televisyen,telefon bimbit dan lain-lain yang telah dicipta oleh manusia menjadi bukti perkembangan sains dan teknologi.Sesungguhnya kemajuan dalam bidang ini dapat mendatangkan banyak kebaikan serta keburukan kepada manusia.


Definisi Sains

~Perkataan sains berasal dari perkataan latin iaitu 'scientia" yang membawa maksud pengetahuan. Sains ialah pengetahuan yang diperolehi melalui sesi pembelajaran dan pembuktian yang melengkapi suatu kesahihan umum dari hukum
~Sains merujuk pada sebuah sistem dengan menggunakan eksperimen untuk menjelaskan satu fenomena terjadi di alam.
~Ilmu sains terbahagi kepda dua:
  1. Natural sains
  2. Sosial sains


   Definisi Teknologi

~Perkataan teknologi berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian".
~Takrifan teknologi yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
~Maksud teknologi yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

KEBAIKAN
                 Kebaikan yang pertama ialah penciptaan yang sangat moden hasil daripada penemuan manusia dalam teknologi pertahanan ialah mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai jenis alat pertahanan iaitu senjata dan alat kelengkapan peperangan turut megiringi perkembangan sains dan teknologi pada masa ini. Teknologi pertahanan masa kini terus berkembang tanpa batas dan tanpa kita sedar telah membina tamadun dalam peradaban manusia. Jika dilihat melalui sejarah, pertahanan yang digunakan pada peringkat awal di muka bumi ini adalah tentera berkuda dan seterusnya penciptaan kereta kebal pada Perang Dunia Kedua. Namun terdapat satu peribahasa mengatakan 'Zaman beralih,musim bertukar' yang membawa maksud perubahan pasti berlaku mengikut peredaran masa. Kini, teknologi pertahanan telah menjurus kepada penggunaan sains dan teknologi yang sangat berbeza seperti automasi, analisis, big data,animasi , integrasi sistem dan lain-lain. Antaranya juga ialah kewujudan era penggunaan robot untuk menggantikan kudrat tulang empat tenaga manusia atau tenaga kerja manusia kini. Istilah robot berasal dari negara Czechoslovakis oleh Karel Capec pada tahun 1920. Definisi robot ialah sistem atau alat yang meniru tindakan manusia untuk tujuan memudahkan aktiviti manusia. Contohnya, di Rusia robot yang digunakan seperti Platform M yang berfunsi untuk berlawan dengan musuh di pertempuran tanpa tenaga manusia. Seterusnya, robot Uran-6 yang boleh mengesan dan menghapuskan periuk api  dan kecekapan pergerakan sama seperti manusia .





(ROBOT PLATFORM-M)


             Kebaikan yang kedua ialah kemajuan sains dan teknologi membolehkan semua lapisan masyarakat memperoleh maklumat dengan mudah sekali. Kita boleh menyampaikan sesuatu maklumat dan menyelesaikan urusan kita di pejabat dengan pantas. Ini telah memberi impak positif iaitu teknologi masa kini telah menjimatkan penggunaan kertas kerana urusan surat-menyurat diganti dengan sistem online. Selain itu, kita juga boleh berhubung dengan keluarga dan sesiapa sahaja yang jauh atau di luar negara dan di seluruh pelosok dunia melalui pelbagai penggunaan media sosial.Antaranya adalah seperti aplikasi 'Whatsaap', 'Facebook', 'Instagram' , 'Twitter" dan sebagainya.  Kewujudan rangkaian internet 4G telah menyebabkan manusia memperoleh maklumat menerusi satu sentuhan jari sahaja. Intihahnya, kos penggunaan aplikasi online ini juga lebih murah dan kita boleh merapatkan hubungan dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain bak kata pepatah ' bagai isi dengan kuku'.



               Tambahan pula, kebaikan yang ketiga sains dan teknologi adalah dalam bidang perubatan. Kemajuan teknologi dalam bidang perubatan telah memberi  sinar harapan kepada jutaan pesakit yang menderita untuk berpeluang meneruskan kehidupan mereka seperti insan lain yang biasa. Dalam konteks bidang perubatan, penciptaan teknologi mampu memberi rawatan efektif dan berkesan kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit berbahaya seperti Tubercolosis, Kanser , Polio dan sebagainya. Antara contoh teknologi baru yang digunakan dalam bidang perubatan pada masa kini ialah MRI, Computer Tomography dan lain-lain. Kesan dari perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kanser dapat juga diubati  melalui sesi kemoterapi dengan teknologi moden. Selain itu,kemajuan sains dan teknologi membolehkan  pakar perubatan menghasilkan ubat-ubatan yang berkesan memulihkan penyakit pesakit. Tambahan pula, semua klinik dan hospital menggunakan komputer untuk menyimpan segala rekod pesakit, jadual doktor dan kakitangan hospital yang lain. Ternyata penggunaan komputer yang canggih dalam bidang perubatan menyelesaikan masalah rumit.





KEBURUKAN
Keburukan yang pertama ialah bahan radioaktif realitinya amat longgar memandangkan amalannya kini kian meluas. kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi ianya boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang amat luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan mengenai keselamatan sinaran radioaktif. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga amat memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan memerlukan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kekecohan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.manakala kesan yang kedua ialah terkena sinaran radioaktif lebih kepada sel, dimana kerosakan DNA boleh menyebabkan perubahan maklumat yang terkandung di dalamnya (mutasi), atau hilangnya viabiliti (kematian sel). Sebahagian besar kerosakan di dalam DNA boleh dibaiki oleh sistem dalaman sel. Amnya dalam kes sumsum tulang, sel-sel pembiakan dan rangkaian embrio).




 C  
              Keburukan yang kedua ialah bertambahnya jenayah siber. bagi mereka yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan teknologi yang tinggi,mereka juga dapat menjalankan aktivit penipuan dengan mudah seperti mencipta kad kredit palsu atau menipu orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu melalui internet.Semuanya semata-mata kerana perkembangan yang amat pesat dalam bidang sains dan teknologi yang tidak pernah berlaku pada masa lalu.  Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web yang telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada sahih atau tidak sahih, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa risau bagi pihak pentadbiran sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.




KESIMPULAN
                     Sebagai kesimpulannya, walaupun ciptaan pelbagai teknologi mendatangkan banyak kebaikan namun terselit juga beberapa keburukan. Justeru, kita haruslah bijak dengan tujuan yang betul agar tidak menjejaskan masyarakat sejagat dan alam sekitar. Tetapi terdapat segelintir pihak yang mengatakan sains dan teknologi menjadikan manusia kian malas kerana kehidupan manusia akan ditentukan oleh penghasilan sains dan teknologi . Maka, untuk mengimbangi kesan positif dan negatif perlu berlandaskan batas-batas ilmu penerokaan yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan kemajuan sains dan teknologi tidak terpesong kerana kadangkala keburukan itu manusia sendiri yang menciptakannya.






SUMBER RUJUKAN













































































Comments

Post a Comment